28 January 2013

Apabila kenangan pahit cuba dikenang semula


Apabila kenangan pahit cuba dikenang semula . . Sangat pahit bagi aku apabila terkenangkan kedua mak dan abah yang telah kembali ke sisiNYA . Sangat pahit pabila ada insan yang mengajakku berbicara mengenainya . Sangat pahit pabila diminta menceritakan kisah disebalik sejarah itu . Segala-galanya sangat pahit . Aku hanya berusia 15 tahun kala itu . Aku belum puas , belum puas merasa hangatnya kasih sayang seorang ibu dan abah tatkala mereka dijemput kembali oleh Yang Maha Esa . Aku redha . Ye kerana Allah itu Maha Adil . Dia hanya mengizinkan aku untuk meminjam hak milikNya mungkin hanya sementara . Aku terima dengan senyuman segala nasihat yang telah dihulurkan buatku . Terima kasih kepada semuanya . Alhamdulillah nadia masih bertahan hingga kini sebab nadia yakin dengan Allah . Allah penentu segalanya . Nadia hanya perlu redha kan segalanya . Memang nadia nampak kuat , nampak sangat tabah , jarang untuk melihat tangisan nadia ini mengalir . Pada yang mengenali nadia akan mengetahui betapa susahnya nadia untuk kembali tenang dan menghadapi semua ini . Dalam hati nadia hanya Allah sahaja yang tahu . Air mata ini tak pernah kering untuk terus mengalir mengalir dan mengalir kerana rindukan arwah mak dan abah . Ya Allah , tempatkanlah kedua-dua mak dan abahku dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh .

Dan nadia tak tau macam mana nak membalas segala jasa dan pengorbanan abang-abang dan kakak-kakak nadia kepada nadia selama ni . Diorang la penguat semangat nadia selama ni . Nadia sayang diorang sangat2 . Tak tau la apa agaknya jadi kat nadia kalau diorang takde . Nadia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diorang . Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya . Nadia takkan meminta apa-apa lagi . Nadia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang nadia nak dalam hidup nadia . Nadia nak berdiri diatas kaki nadia sendiri tanpa mengharapkan sesiapa lagi . Walaupun nadia mampu ditanggung tapi nadia akan berusaha untuk mendapatkan semua yang nadia nak dengan usaha sendiri . Nadia kan keras kepala + degil + suka bebai >< HAHA . Nadia cuba buang perangai bebai tu ye ! I'll try my BEST :D

Okay , actually nadia tetiba nak menulis malam nie sebab petang tadi about an hour to finish my work , Cik Yati aka Mak Kak Mas ( My Bos la ) ajak berborak lagipun xde customer kan . Then , she starts to ask me about my late parents and she tells about her late husband . Dan masa tu mata nie dah nak pecah dah empangannya tapi ditahan sekuat mungkin (Hoho , macam tahan apa dah ><) dan aku tengok muka Cik Yati dah merah semacam je . Aku un x berani nak sentuh lebih2 . Aku pun xmau cerita lebih2 . Aku jawab apa yang ditanya je sebab takut nanti aku tak boleh nak kawal diri pastu sape pulak nak pujuk aku nanti . Huahua . Then , Alhamdulillah . I got to control myself ! Nadia dah besar panjang dah semakin kuat , insyaAllah . Pray for me okay . My journey is still long . Nadia taknak melakukan kesalahan yang akan membantutkan cita-cita nadia . Arwah mak dan abah dah beri didikan dan pelajaran yang secukupnya kemudian selebihnya diri aku yang kena menentukannya . Ya Allah , I want to be like my mother . She's the best woman ever , the toughest woman ever , the beautiful woman ever , the great mother ever and she's my true bestfriend forever after . Terima kasih kerana melahirkan nadia dan mak dah menjadikan hidup nadia lengkap dengan kesempurnaan kasih sayang mak . Ini mungkin ayat famous yang akan diucapkan oleh setiap anak yang menyayangi ibunya dan nadia jujur mengatakan maklah insan paling istimewa pernah hadir dalam hidup nadia . And I proud to be your daughter .

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan insan seperti abah dan mak dalam hidup nadia . Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah . That's all can i wished till now ! Okay , that's all for now . Mata dah bengkak ni . Esok kerja . Adoyaii , jangan la mata jadi panda ye >< Pada yang membaca post ni thankyou so much . Nadia x mengharapkan apa-apa cuma doa kalian dr jauh buat nadia dan arwah mak dan abah nadia . Terima kasih :) Bye , assalamualaikum ^^




Pictures above are at our family gathering at Ulu Kenas . We've had our picnic there . It was a very happy moments and i love it . Where will be our next family gathering's location ? HAHA , we'll wait and see . Just simple but full of sweet moments insyaAllah :)


2 comments:

  1. a'ah , syida tau nad KUAT ! tu pasal la nad BEBAI ,haha . . nad , stp prkara yg berlaku tue ada himahnya sbb ALLAH dah janjikan sesuatu yg lebih TERISTIMEWA tok hamba2-NYA yg sentiasa ingat dan redha dgn ujian-NYa ,, syida sendiri pon xtau laa leh KUAT cam nad , so wa tabbiikk kaccak sama luu !! XD ,,never stop achieving ur dreams n may all comes true one day , INSYAALLAH . . we're always with u , nad ..toing2 !! ><

    ReplyDelete
  2. thank you so much syida ^^ thanks for always supporting me ups and downs :) sayang ko gak banyak2 dunia akhirat insyaAllah :D

    ReplyDelete