01 September 2013

My Life NOW !

Assalamualaikum guys :)
Lama giler giler giler la aku tak hapdet belog ni . See, blogskin punn da bertukar sbb da lme idamkan background kaler purple :D hehe
Korang apa khabar ? Seriously, rindu giler silent readers aku :)
Saya disini sihat walafiat alhamdulillah.
Korang, aku ada banyak story nak mory ngan korang . hoho, although i'm taking diploma in english but sometimes it happens *broken english*

First of all, aku nak cakap yang aku dah selamat mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan pada tanggal 17 Jun 2013. Okay, ini adalah panggilan kedua dan sangat mengejutkan . Aku bangun pagi 13 Jun 2013 and dapat message suh aku check result rayuan UPU, first rasa gementar and mcm2 perasaan ar takut kecewa lagi . Then, kecewa gak sbb x dapat UIA but alhamdulillah dpt gak IPTA walaupun bukan dalam wishlist aku . Apapun, alhamdulillah , mungkin takdirku disini and ada hikmahnya. Allah knows what's the best for me. Then, hari Jumaat tu pulak after da print surat tawaran bagai and da isi semua, pihak UIA pulak call aku cakap aku ditawarkan Asasi Ekonomi dan Pengurusan dan kena daftar sabtu esoknya. Aku pun seronok la dapat UIA but at the same time sedih x dapat Asasi Bahasa Inggeris. And aku tanya akak tu kalau nak tukar course boleh x lepas masuk . Then, akak tu cakap x sure sbb course BI da full . Pastu, aku tanya abang kakak aku semua sbb officer td nak result immediately masa tu jugak . Then, diorang tanya aku aku tanya diorang , finally, here I am at UPSI for Diploma In English for 6 Semester 2 Years inshaa Allah .

Bermacam2 suka dan duka aku kat sini . Masa malam pertama kat sini , xyah cakap ar , walaupun aku dah stay kt hostel for 5 years but aku still budak 17 tahun yang HOMESICK . Okay, that's normal . Sebab tu dlu hostel dekat je ngan rumah and balik every week . Gempak tak ? HAHAHAHA . Okay sambung citer. First kawan yang aku jumpa kat sini , Yana and Ainun . Alhamdulillah so far diorang okay walaupun x macam member2 aku kat Idrisiah dlu. Sumpah ! Aku rindu giler suasana semua kat Idrisiah. Aku kena hadapi kenyataan yang aku skang bukan lg kt Idrisiah and kena terima kawan2 yang free hair bagai, non-Muslim, then couple . Astaghfirullahala'zim ! Aku sedang cuba dan masih mencuba untuk nasihatkan diorang supaya tinggalkan dunia couple. Memang pemakaian aku kat sini biasa2 je dan tidak bertudung labuh sepertimana aku di Idrisiah dulu but then aku berazam inshaa Allah next semester aku akan sambung perjuangan aku dulu . Aku cintakan agamaku kerana Allah ! Dan seriously aku jeles sangat2 ngan penduduk2 di negara Arab yang sudah mencapai Syahid mereka . Ya Allah !

To all my beloved friends here ---> Ezlyn, Ain, Venaa, Yana, Marnya, Ainun, Nadzmi, Aza and so on . Aku harap korang dapat support aku dan tolong aku dunia akhirat inshaa Allah . Dan semoga Allah dapat salurkan kekuatan kepada aku untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini .

"Sia-sialah ibadah kita jika kita mempunyai atau melakukan amalan yang dosanya berterusan"
"Jika kita berhenti mencari Mr. Right dan menjadikan Allah The King of our heart, inshaa Allah Mr. Right yang terbaik akan datang mencari kita"

"Satu pembaziran yang amat dahsyat jika kita bercinta sebelum nikah"

Akhir kalam, aku bersyukur kerana aku bebas dari dosa bercouple di mana merangkumi zina hati yang dosanya berterusan sehingga clash mahupun nikah . Dan apabila kita sudah bernikah dengan couple kita itupun kita harus bertaubat sepanjang mana kita telah bercouple. Nauzubillah . Jauhkanlah aku daripada dosa dan kancah kemaksiatan . Aku yakin dengan ketentuan Allah, sebaik manapun lelaki yang menjadi couple kita itu, pasti akan ada yang lebih baik buat kita dari Allah kelak inshaa Allah. Tolonglah jangan cakap kat aku, rugi kalau lepas seseorang yang latar belakangnya alim ulama. Allahu, lebih baik lepaskan dia dari kita kehilangan redha Allah . Mana yang kamu pilih ? Cinta lelaki mahupun redha Allah ? Tolonglah renung-renungkan dan selamat beramal .

That's all for now, mata aku pun da ngantuk ! Ni sebab saja nak update blog . Rindu nak menaip . Sekian , goodnight and jangan lupa basuh kaki baca doa tidur dan Al-Mulk . Jumpa lagi di lain entry .

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment