20 July 2012

Aku Suka Dia !

Awak , awak , awak !

Saya suka awak !

Awak suka saya tak ?

HAHA , *blushing*

Jujur saya cakap kat sini yang saya suka awak , pertama kali tengok awak saya terus save muka awak dalam mind saya , HAHA , hebat tak ? Awak patut rasa bangga taw dapat tempat dalam mind saya . Bukan semua orang dapat peluang cenggini >_< Walaupun saya suka awak tapi saya takkan sesekali bagitau awak sebab saya takut mengambil risiko . Biarlah semua ini menjadi rahsia abadi saya . Saya harap awak suka menjadi kawan saya . Terima kasih untuk mesej Ramadhan tu yea . Saya suka ;) Saya ada lagu untuk awak ^^

Selamat menyambut Ramadhan yea awak , puasa taw jangan tak puasa . Tarawikh jangan tinggal ea , pahala berganda2 di bulan nie , rahmat pun melimpah2 . Jom kita rebut sama2 ek . Alhamdulillah sudah hampir 2 bulan saya men'single'kan diri . Happy teramat bila tak perlu lagi menyesakkan fikiran memikirkan dia , membazirkan wang mentopupkan handphone utk mereply mesej dia . Kini tiada lagi . Kami hanya kekal sebagai sahabat selamanya .
Kali ini dapat menyambut Ramadhan ramai2 kat rumah , semua balik kecuali bang chik , kami faham dengan jadual kerja bang chik yang tak menentu tu . Takkpe , insyaAllah raya masih ada kesempatan . Doa banyak2 .
Dear Mom .
Walaupun mak tiada disini namun kami sentiasa merasai kehadiran mak , suara mak mengejutkan sahur , suara mak menasihati kami , suara mak memanggil kami . Mak , nadia rindu mak , nadia nak sangat mak tau yang nadia tak pernah berhenti menyayangi mak malah bertambah dari sehari ke sehari . Potret gambar mak kami tatap saban hari tanpa jemu kerana wajah itulah yang mengandungkan kami , melahirkan kami , menjaga kami , menyusukan kami , melayan kerenah kami tanpa jemu . Mak , setiap kali nadia menatap parut ditubuh nadia tu nadia akan sentiasa ingat bahawa mak yang merawat nadia saat itu . Mak nak bawa nadia pergi hospital suruh doktor potong kulit tu buang tapi nadia taknak . Mak akur dan sampai hari ni nadia berdoa supaya parut tu akan kekal selamanya supaya nadia akan sentiasa mengingati semua kenangan mak dan nadia . Walaupun jodoh kita tak panjang , nadia hanya sempat bersama mak sehingga usia nadia 15 tahun tapi nadia juga sentiasa berdoa semoga Allah mempertemukan kita diakhirat kelak dan dapat sama2 berpimpin tangan menuju ke syurga Allah , insyaAllah . Mak , selamat menyambut Ramadhan yea . Ini Ramadhan kedua nadia tanpa mak . Nadia sayang mak selamanya kerana Allah . ALFATIHAH utk mak yang sangat sangat disayangi .
Sekian sahaja dari nadia , habis idea utk menulis . AIrmata sudah laju membasahi bumi . Berhenti dulu yea . InsyaAllah bertemu lagi di lain hari .

1 comment:

  1. ya.ramadhan ke2 tanpa mak...rindu sangat.moga mak tenang disana.

    ReplyDelete