21 December 2011

Miss You !


Maybe this entry gonna be bedtime story because at this time most of the people were nicely sleeping and maybe there's a sweet dream in their sleep but I ?I'm still writing at this time because i'm just woke up from my sleep.hehe >_<

'I Miss You'
Really2 miss you tapi aku kena sedar yang antara kita tiada apa-apa ikatan lagi.Aku sentiasa ingat ungkapan manis kau,pujukan kau,senyuman kau,segala-galanya tentang kau.And aku takkan lupa pada hari aku mintak clash ngan kau walaupun time tu hubungan kita baru hendak bermula.Aku tau kau sedih,and aku pun sedih.Tapi aku harus memilih tanggungjawab daripada cinta.Tanggungjawab lebih memerlukan aku.Aku minta maaf kerana telah melukakan hati kau.Thanks pada bestie kau yang menjadi orang tengah antara kita.Haha,walaupun aku benci dia tapi dia banyak berjasa  kann...

Terima kasih kerana menyayangi aku dan menjadi orang yang terpenting dihati aku saat itu.Kau pujuk aku time aku rindu kat arwah mak.Kau memang baik,cukup pakejnya,selalu pergi masjid,solat diawal waktu.Kadang2 kau yang ingatkan aku tentang solat bila aku terleka.Aku rasa susah untuk dapatkan lelaki macam kau.Tapi jodoh kita tak panjang.Mungkin aku bukan dari tulang rusukmu dan mungkin ada yang lebih baik dari aku untukmu kelak.Aku akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kau.Aku akan sentiasa menyayangi kau sebagai sahabat baik aku.Aku akan sentiasa ingat kau sebab kau lah couple pertama dan terakhir aku.Aku tidak gemar bercouple walaupun ramai kawan lelaki.

Kadangkala aku pelik kenapa kau topup kat aku walaupun kau tahu aku senantiasa ada topup.Dan aku suka sgtsgt bila dengar kau kata yang topup tu khas utk aku text ngan kau,takboleh share ngan orang lain.Kau memang sweet,kalah gula,tau tak ?Kau memang penyabar,walaupun aku tak balas text kau sbb sibuk tapi kau memahami.Kau tak marah pun walau kadang2 tu aku tau kau sedih,kau tak tunjukkan.Sampaikan satu hari kau minta gambar aku banyak2.Aku pelik kenapa ?Then kau cakap gambar tu sbg pengganti diri aku kalau aku tak reply text kau dan kau rindu kat aku.Yang paling aku terkejut,kau tak text mana-mana girl pon masa couple ngan aku.Aku tau kau setia walau kadang2 tu kau memang suka kacau girl lain.

Okey,jujur lagu di blog aku khas ditujukan utk kau bekas kekasih hati !Dan untuk aku sebagai peminat Irwansyah.

Aku masih sayangkan kau !Walaupun aku pernah couple ngan lelaki lain tapi takpernah sayang begini.Dan aku mungkin tidak akan couple lagi lepas ni.Aku minta abah utk carikan jodoh buatku kerana perjalanan hidupku masih panjang.Aku baru berusia 15 tahun dan akan menginjak ke 16 tahun.Aku takmahu lalai hanya kerana panahan cinta yang mungkin akan merugikan aku sendiri.Dan aku takmahu merugikan zaman remajaku dengan perkara2 tidak berfaedah begini.Biarlah apa orang nak kata,aku tidak pandai bersosial or whatsoever,asalkan aku sah dan halal hanya untuk suamiku sahaja.Hanya dia yang lebih berhak keatas diriku.Dan pada saat ini,aku ingin mengejar cinta Illahi kerana itu yang paling indah dan terbaik buatku daripada menyintai yang bukan mahramku.

Terima kasih Ya Allah kerana masih menyayangiku walaupun aku telah lalai kepadamu.Akan ku mencuba untuk melakukan yang terbaik sepanjang hayatku.Kini baru aku sedar bahawa aku sememangnya tidak mempunyai masa untuk bercouple.Keluarga,pelajaran dan tanggungjawab lebih memerlukan aku kala ini.SPM 2012 juga menantiku untuk mencoretkan jawapan yang terhebat diatas kertas soalan.Aku akan berusaha sehabis mungkin demi insan2 tersayang dan demi masa depanku sendiri.Doakan kejayaan aku ye kawan2 sekalian.Semoga Allah merahmati hidup kalian ^^

Akhirnya,aku nak wish best of luck kepada semua student2 Form 3 seluruh Malaysia terutamanya sekolah aku sendiri,Madrasah Idrisiah.Esok,22 Disember 2011.Hari keramat bagi golongan yang menduduki PMR tahun ni.Walaupun sepatutnya aku,but,aku dah lepas lahh ^^ Semoga korang dapat flying colours result and gempakkan sekolah tau.Kalahkan akak korang nie ha >_<

Last but not least


No comments:

Post a Comment