08 October 2011

Wanita !

WANITA CIPTAAN ISTIMEWA!!


• Kecantikan seorang wanita ialah sejauh mana ia dapat menahan(menjaga)malunya,sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia menahan(menjaga)marahnya.
• Orang yang bujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
• Suami ialah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
• Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk liang kubur.
• Mata yang paling indah tetapi harus juga diwaspadai adalah mata kaum wanita.
• Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
• Perawan tua ialah wanita hilang kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
• Yang diinginkan oleh seorang wanita didunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila sudah memperolehinya,ia mengiginkan segalanya.
• Wanita biasa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya,tetapi ia tidak biasa melupakannya.
• Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
• Sebelum kahwin wanita hafal seluruh jawapan,selepas kahwin wanita hafal seluruh persoalan.
• Barangsiapa mengahwini kerana hartanya,maka dia telah menjual kemerdekaannya.
• Wanita adalah bintang dan pelita bagi wanita.Tanpa pelita lelaki gelap dalam kegelapan.
• Wanita lebih cepat dalam menangis dan dalam mengigatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
• Pudarlah kebahagiaan jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
• Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci dan tidak mengenal pertengahannya.
• Wanita selalu tergolong manusia yang halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
• Tidak seorang lelaki bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
• Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
• Kebijaksanaan wanita terletak didalam hatinya.
• Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya pada setiap kali berbicara dengan suaminya dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
• Cincin perkahwinan adalah cincin termahal didunia sebab mengharuskan pemberinya mengigatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
• Sesungguhnya tiada wanita yang sangat cantik,yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan. 
• Bagi lelaki,,yang terakhir sekali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalh lidahnya.
• Wanita tidak dicipta untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
• Pada waktu bertunang ,lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan.Pada saat perkahwinan,perempuan berbicara lelaki mendengarkan,sesudah perkahwinan,suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
• Setiap wanita mempunyai dua mata.Adapun wanita tentang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata .Satu disebelah kanan dan satu disebelah kiri dan yang ketiga kearah suami.
• Wanita pada umumnya takut pada 3 hal :tikus/munculnya uban /wanita2 cantik menjadi saingannya.
• Isteri yang bercakap jujur dan setia kepada suami meringankan sebuah beban kehidupan suaminya.
• Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada diantara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
• Wanita hiasan dunia seindah hiasan ialah wanitaSOLEHAH.

No comments:

Post a Comment