13 October 2011

Rahsia Bulan Lahir !

JANUARI 
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius,suka mendidik dan dididik
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka pada kecantikan,kekemasan dan teratur
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Agak malu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selesema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya
  • Cukup sayang pada kanak-kanak
  • Suka duduk di rumah
  • Setia pada segala-galanya
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Bijak dan pintar
  • Berperwatakan yang mudah berubah
  • Mudah menawan orang lain
  • Agak pendiam
  • Pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan yang lasak
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yang bersifat seni
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
  • Perlu belajar kemahiran bersosial
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
MAC
  • Berpersonaliti menarik dan menawan
  •  Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah bersimpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka pada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Tahu membalas dan mengenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan
  • Suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka diberi perhatian
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk)
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik
  • Cuba kawal perasaan
  • Kecenderungan bersifat pendendam
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati dan degil
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Pandai menarik hati dan perhatian orang lain
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi mental dan fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
  • Daya khayalan yang tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Suka sastera,seni dan muzik serta melancong
  • Tidak berapa suka duduk di rumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak punya ramai anak
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh dan berwawasan
  •  Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Berperangai lemah lembut
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
  • Idea yang terlalu banyak di kepala
  • Bersikap sensitif
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • Bersikap suka menangguh-nangguh
  • Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • Cepat marah dan cepat sejuk
  • Suka bercakap dan berdebat
  • Suka buat lawak dan bergurau
  • Otaknya cerdas berangan-angan
  • Mudah berkawan dan pandai berkawan
  • Orang yang sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap
  • Mudah kecil hati
  • Mudah kena selesema
  • Suka berkemas
  • Cepat rasa bosan
  • Sikap terlalu memilih dan cerewet
  • Kurang mempamerkan perasaan
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
  • Suka pada barang yang berjenama
  • Mudah menjadi eksekutif
  • Kedegilan yang tidak terkawal
  • Sesiapa yang memuji dianggap musuh, siapa yang menegur dianggap kawan.

No comments:

Post a Comment